Woods kembali beraksi 2016?

Woods kembali beraksi 2016?

NEW YORK, 20 Sept (Reuters) – Tiger Woods mempunyai alasan untuk merasa yakin tentang menyelesaikan kecederaan belakang terus mengganggunya yang mengakibatkannya menjalani pembedahan belakang buat kali kedua minggu lalu, doktor tulang belakang terkenal memberitahu Reuters semalam.

Woods, 39, berkata di laman sesawangnya Jumaat lalu bahawa dia telah menjalani pembedahan Mikrodisektomi yang serupa dengan pembedahan yang telah dilakukannya di bahagian belakang pada Mac 2014 dan meninggalkan kesemua rancangan permainannya untuk tahun 2015 dengan harapan akan kembali dalam awal 2016.

“Kembali beraksi bagi atlet elit adalah kira-kira 90 peratus, dan mereka boleh kembali kepada peringkat perlawanan elit,” Dr Andrew Hecht, ketua pembedahan tulang belakang di Hospital Mount Sinai, New York, memberitahu Reuters dalam temu bual melalui telefon.

“Ramalan penyembuhan adalah sangat bagus.”

Hecht berkata bahawa pada dasarnya risiko berulang lagi hernia cakera spina yang pada awalnya mengakibatkan jepitan saraf bagi Woods, adalah lima hingga 10 peratus bagi sesiapa yang mengalami mikrodisektomi.

Tiger Woods. – AFP
Tiger Woods. – AFP

Hecht, yang bekerja dengan New York Jets dalam Liga Bola sepak Kebangsaan (NFL) dan adalah anggota jawatankuasa otak dan tulang belakang NFL, menyamakan hernia cakera dengan donat jeli berdecit.

Cakera terletak antara vertebra dari asas tengkorak hingga ke pelvis, yang menjadi penyerap kejutan, jelasnya.

Apabila bahagian luar cakera koyak atau terbentuk lubang kecil, bahan lembik dalam ‘hernia keluar, hampir seperti jeli keluar dari donat jeli,” katanya lagi.

Hecht berkata hakikat bahawa Woods menghampiri usia 40 tahun bukanlah penghalang pemulihannya.

“Bagi saya faktor paling penting ialah jenis simptom sebelum pembedahan. Bila berlaku penghernaiaan cakera, sangat kerap saraf terjepit dan kesakitan yang turun ke kaki.”

Menurut laman sesawangnya, Woods berkata ‘dia merasa rasa tidak selesa sekali sekal di bahagian belakang dan di bahagian pinggul beberapa minggu lalu.’