Woods sah tidak sertai Terbuka AS

Woods sah tidak sertai Terbuka AS

LOS ANGELES, 8 Jun – Tiger Woods semalam mengesahkan dia tidak akan beraksi dalam pertandingan Terbuka AS di Oakmont minggu depan, yang berkata dia masih belum bersedia untuk meneruskan persaingan selepas menjalani pembedahan belakang pada September lalu.

Juara utama 14 kali itu tidak akan beraksi dalam Terbuka AS untuk kali ketiga dalam tempoh enam tahun. Dia mengumumkan dalam laman sesawangnya bahawa dia tidak akan beraksi dalam pertandingan kedua tahun itu begitu juga dengan Jelajah PGA AS, Quicken Loans National pada minggu berikutnya, yang dihoskannya bagi faedah yayasan amalnya.

“Sementara itu saya terus bekerja keras untuk sihat, saya tidak bersedia dari fizikal untuk beraksi dalam Terbuka AS tahun ini dan Quicken Loans National,” tulis Woods. “Saya menghasilkan perkembangan, tetapi saya belum bersedia bagi pertandingan itu.”

Woods berkata dia masih menghadiri pertandingan National di Konvensional berhampiran Washington.

“Ia adalah tahun ke-10 pertandingan kami dan kami terus untuk menyokong komuniti, tentera dan program bagi Tiger Woods Foundation,” katanya.

Gambar fail – Tiger Woods mengesahkan bahawa dia tidak akan turut serta dalam kejohanan Terbuka AS tahun ini. – AFP
Gambar fail – Tiger Woods mengesahkan bahawa dia tidak akan turut serta dalam kejohanan Terbuka AS tahun ini. – AFP

Kemenangan terbaru dari 14 gelaran utama Woods adalah pada Terbuka AS pada tahun 2008 di Torey Pines, kemenangan Terbuka AS ketiganya.

Dia menamatkan tempat kedua di belakang Angel Cabrera dalam Terbuka AS yang diadakan di Oakmont di Pittsburgh pada 2007.

Woods belum pernah beraksi dalam pertandingan golf sejak menjalani pembedahan berasingan bagi mengurangkan sakit belakang pada September lalu. Dia menjalani prosedur kedua pada Oktober lalu.

Bekas pemain nombor satu dunia itu, 40, pernah meningkatkan spekulasi untuk kembali beraksi apabila mendaftar bagi Terbuka AS pada April lalu, tetapi pada Mei berkata tidak terdapat jadual.

Bercakap pada hari media bagi National, Woods berkata dia perlu mengadaptasi kepada realiti latihan baru, yang mengurangkan masa latihannya dan berbatu-batu larian yang biasa dilakukannya.

“Rancangan itu adalah untuk berada dalam keadaan bagus,” kata Woods, yang jatuh dari 500 kedudukan terbaik dunia. ‘Sama ada minggu depan atau setahun dari sekarang, saya tidak tahu.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA