Woods semakin pulih kecederaan belakang

Woods semakin pulih kecederaan belakang

TORONTO, 17 Mei (AFP) – Tiger Woods berkata, proses pemulihan pembedahan belakang yang dilakukannya tahun lalu semakin baik namun dia masih belum tahu bilakah akan dapat kembali menyertai Jelajah PGA.

Woods, yang tidak bertanding sejak Kejohanan Wyndham pada Ogos lalu kini sedang berusaha mendapatkan permainan yang konsisten tetapi dia tidak pasti berapa masa lama diperlukan.

“Jika saya tahu, saya akan memberitahu anda kerana ia pasti menyeronokkan apabila tahu,” kata bekas pemain nombor satu dunia kepada media sempena kejohanan Quicken Loans National anjurannya pada 23-26 Jun ini.

“Ia pasti seronok jika dapat tahu tarikh bila saya akan bermain. Saya masih berusaha untuk menjadi lebih kuat, saya masih cuba membentuknya. Saya cuba memukul bola lebih baik,” katanya yang menjalani pembedahan belakang pertama pada 2014.

Woods melakukan pukulan pada lubang ke-10 pada Kejohanan Golf Quicken Loans Media di Kelab Kongres semalam. Woods belum dapat memastikan bilakah beliau akan dapat kembali lagi untuk menyertai Jelajah PGA. – AP
Woods melakukan pukulan pada lubang ke-10 pada Kejohanan Golf Quicken Loans Media di Kelab Kongres semalam. Woods belum dapat memastikan bilakah beliau akan dapat kembali lagi untuk menyertai Jelajah PGA. – AP

Pemain berusia 40 tahun ini bebas daripada sebarang kecederaan pada 2015 tetapi pada September lalu dia terpaksa menjalani satu lagi pembedahan.

Dia bertanding hanya dalam 18 acara di sirkit Amerika Syarikat sejak hujung 2013 tetapi baru-baru ini turut beraksi dalam perlawanan persahabatan di Medalist, yang terletak di rumahnya dalam Florida.

“Permainan saya semakin bagus, cuma perlu konsisten,” kata Woods yang tidak memenangi sebarang kejohanan pun sejak kejohanan Jemputan Bridgestone-WGC 2013.

ARTIKEL YANG SAMA