Woods, Vonn berpisah

Woods, Vonn berpisah

SAN FRANCISCO, 4 Mei (Reuters) – Bintang golf dunia, Tiger Woods dan pemain ski Olimpik Amerika Syarikat, Lindsey Vonn mengesahkan perpisahan mereka, hari ini selepas hampir tiga tahun menjalin hubungan cinta.

Vonn, 30, menerusi akaun Facebook miliknya mengumumkan perpisahan itu sebelum Woods kemudian mengesahkannya menerusi laman web rasmi.

“Selepas hampir tiga tahun bersama, saya dan Woods secara persetujuan bersama memutuskan untuk menamatkan hubungan kami,” kata Vonn.

“Saya akan sentiasa menghargai kenangan yang kami lalui bersama. Malangnya, kedua-dua kami menjalani rutin hidup cukup sibuk yang memaksa kami lebih banyak menghabiskan masa dengan berjauhan.”

Gambar fail 8 April 2015 menunjukkan Linsey Vonn (kiri) bersama Tiger Woods (kanan) dan anak-anaknya, Charlie Axel (tengah depan) dan Sam Alexis semasa Terbuka Augusta di Georgia. – AFP
Gambar fail 8 April 2015 menunjukkan Linsey Vonn (kiri) bersama Tiger Woods (kanan) dan anak-anaknya, Charlie Axel (tengah depan) dan Sam Alexis semasa Terbuka Augusta di Georgia. – AFP

Sementara itu, Woods, 39 pula berkata: “Saya cukup mengagumi, menghormati dan sayang kepada Vonn dan saya akan sentiasa menghargai masa ketika bersamanya.

“Dia cukup disenangi kedua-dua anak saya dan seluruh ahli keluarga lain. Malangnya, kami cukup sibuk dengan keperluan dalam karier sukan dan sukar untuk mempunyai masa bersama.”

Woods bergelar duda selepas bercerai dengan bekas model dari Sweden, Elin Nordegren pada 2010.