Woodward urus pembelian Pogba

Woodward urus pembelian Pogba

pg21_160722_bLONDON, 21 Julai – Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward (gambar) tidak bersama kelab berkenaan ke China untuk jelajah pra-musim mereka.

Ia berikutan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sedang cuba memecah rekod dunia untuk mendapatkan pemain tengah Juventus, Paul Pogba.

United dilaporkan sedia memecahkan rekod dengan tawaran STG 86 juta untuk Pogba, namun ditolak minggu ini.

Mereka dijangka kembali dengan tawaran lebih baik yang boleh mencecah 100 juta pound.

Pemain berusia 23 tahun itu meninggalkan United untuk Juventus secara perpindahan percuma pada Julai 2012 selepas hanya beraksi beberapa permainan menyebabkan pengurus Alex Ferguson menyalahkan dia kerana tidak menghormati kelab.

Tetapi Pogba muncul sebagai salah seorang pemain tengah terbaik di Eropah dan menjadi sebahagian daripada pasukan Perancis yang mara ke final pada Euro 2016.

Pengurus baharu United, Jose Mourinho mahu membawa Pogba kembali ke Old Trafford dan Woodward memilih tidak mengikuti United ke China, untuk perlawanan persahabatan menentang Manchester City dan Borussia Dortmund bagi menumpukan rundingan perpindahan dengan ejen Mino Raiola.

The Guardian melaporkan Juventus mahu £100 million dan £8 million tambahan untuk pemain yang turut menarik minat Real Madrid, dengan ketua jurulatih Zinedine Zidane adalah individu yang mengagumi rakan senegaranya itu.

Pogba memainkan peranan penting untuk Juventus menunjukkan penguasaan mereka dalam beberapa musim lalu dan ketibaannya bakal menjadi nama yang diidamkan Mourinho untuk membina semula United sebagai kuasa besar di Liga Perdana Inggeris.

Mourinho sudah menandatangani Eric Bailly, Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan sejak menggantikan jurulatih yang dipecat, Louis van Gaal. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA