Worawi kemukakan rayuan pada FIFA

Worawi kemukakan rayuan pada FIFA

BANGKOK, 13 Okt – Peguam yang mewakili Worawi Makudi berkata presiden Persatuan Bola Sepak Thai (FAT) itu akan segera mengemukakan rayuan ke atas penggantungan selama 90 hari yang dikenakan oleh FIFA ke atas beliau semalam.

Jawatankuasa Etika FIFA berkata pelanggar kod etikanya kelihatannya dilakukan dan kes itu kini “bergantung kepada siasatan yang sedang berjalan sekarang.”

Butiran mengenai dakwaan itu tidak dinyatakan dalam kenyataan badan bola sepak dunia itu semalam tetapi Worawi sebelum ini sudah pun berdepan dengan siasatan berikutan cara pengendaliannya ketika membida bagi penganjuran Piala Dunia pada 2018 dan 2022.

Peguam FAT, Narinpong Jinapak, mengeluarkan kenyataan yang menyatakan arahan FIFA adalah tidak muktamad dan rayuan akan dikemukakan segera.

Worawi adalah anggota jawatankuasa eksekutif FIFA selama 18 tahun sehingga Mei.

Worawi Makudi. – AFP
Worawi Makudi. – AFP

Pada Julai, Worawi disabitkan dengan penipuan ketika pemilihan semulanya pada 2013 untuk menerajui persatuan berkenaan.

Mahkamah Jenayah Bangkok menjatuhi hukuman tertangguh penjara selama setahun empat bulan. Worawi sudah pun membuat rayuan ke atas hukuman tersebut.

Penggantungan FIFA itu dibuat hanya lima hari sebelum selepas pemilihan presiden FAT dijadualkan pada Sabtu ini.

Kenyataan Narinpong berkata pemilihan majlis presiden dan lembaga FAT bukan aktiviti yang diharamkan oleh FIFA dan merupakan isu dalaman yang perlu diteruskan menurut jadual dan peraturan FAT.

“Saya tiada idea kenapa FIFA mengeluarkan arahan penggantungan yang secara relatifnya memfitnah reputasi saya,” Worawi dipetik sebagai berkata dalam laporan akhbar Thai. “Saya akan memastikan pasukan guaman akan menghantar petisyen kepada FIFA. Menurut undang-undang Thai, kes ini bukan final. Saya masih berhak melakukan aktiviti setempat.” – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA