Wozniacki ‘bawa diri’ ke Asia

Wozniacki ‘bawa diri’ ke Asia

NEW YORK, 9 Sept – Bekas pemain nombor satu dunia Caroline Wozniacki tidak berjaya ke pertandingan akhir ketiga Terbuka AS, tetapi pemain dari Denmark itu telah membuktikan pengkritik salah apabila berjaya melangkah ke suku akhir.

“Saya berada dalam pertandingan ini dengan ranking 74 dunia dan kemungkinan orang ramai mengetepikan saya, tetapi menarik untuk membuktikan orang ramai sekali lagi salah,” kata Wozniacki, yang tidak beraksi selama hampir tiga bulan kerana kecederaan buku lali pada tahun ini.

Persaingan Wozniacki ke separuh akhir melibatkan kemenangan ke atas bekas juara pilihan kesembilan, Svetlana Kuznetsova dari Rusia dan pilihan kelapan dari AS, Madison Keys.

Reaksi Wozniacki selepas tercicir mata semasa menentang Kerber, kelmarin. – AFP
Reaksi Wozniacki selepas tercicir mata semasa menentang Kerber, kelmarin. – AFP

Tetapi usahanya untuk menjadi pemain bukan pilihan keempat untuk mara ke persaingan akhir Terbuka AS terhenti apabila dikalahkan 6-4, 6-3 oleh pemain nombor satu dunia, Angelique Kerber.

“Jelas buat masa sekarang saya merasa kecewa kerana tidak menang hari ini, tetapi pada akhirnya, ia pertandingan yang bagus, sesuatu yang boleh saya banggakan.”

Wozniacki, 28, dilihat akan memperbaiki kedudukan ke-28 dunia dengan mara ke separuh akhir. Persaingannya di Flushing Meadows disusuli dengan pengunduran kerana kecederaan dari Montreal dan Washington dan penyingkiran pusingan pertama di New Haven, jadi dia gembira untuk muncul dari Terbuka AS dengan perasaan cergas. – AFP