Wozniacki kesal Gerrard pergi

Wozniacki kesal Gerrard pergi

PARIS, 27 Mei (AFP) – Satu kemenangan ketika memulakan usaha Terbuka Perancis telah membantu penyokong Liverpool Caroline Wozniacki mengatasi kekecewaan apabila menyaksikan aksi terakhir Steven Gerrard untuk Reds bertukar menjadi bencana.

Ketika membuat persediaan untuk Roland Garros, pemain Denmark itu tetap mengikuti perkembangan Liverpool yang tewas kepada Stoke City dalam perlawanan terakhir musim Liga Perdana Ahad lalu, di mana Gerrard menjaringkan satu gol dalam kekalahan 6-1 itu.

“Wow.. Sekurang-kurangnya Stevie G menjaringkan gol pada perlawanan terakhir beliau.. #tryingtofindthepositives,” Wozniacki menulis berkicau di Twitter selepas perlawanan akhir legenda Anfield itu sebelum menyertai pasukan Major League Soccer, LA Galaxy.

Kekalahan itu menyusul kekalahan 3-1 kepada Crystal Palace dalam perlawanan terakhir Gerrard sebagai pemain Liverpool di Anfield minggu sebelumnya.

Dan selepas menewaskan pemain Itali Karin Knapp 6-3, 6-0 pada pusingan pertama Terbuka Perancis pada Selasa, Wozniacki berkata: “Nah, pada sebelah positif, Stevie G menjaringkan gol dalam permainan terakhir.

Caroline Wozniacki meraikan kejayaan menewaskan Karin Knapp semalam. – AFP
Caroline Wozniacki meraikan kejayaan menewaskan Karin Knapp semalam. – AFP

“Dan yang positif ini adalah perlawanan terakhir musim saya kira dan mereka akan berehat. Tidak berapa banyak positif dalam perlawanan terakhir ini.

“Saya fikir perlawanan terakhir di Anfield sememangnya sangat emosi untuk semua orang. Jelas sekali dia telah bermain bertahun-tahun dan sebagai kapten dan dia banyak berusaha untuk kelab dan pasukan.

“Anda tahu, saya fikir adalah menyedihkan dia tidak bermain lagi. Yang nyata dia tidak akan kembali lagi ke Anfield musim depan. Liverpool akan nampak pelik tanpa Steven Gerrard.”

Bekas pemain nombor satu dunia itu dan pilihan kelima di Paris, belum pernah melampaui suku akhir Terbuka Perancis. Beliau adalah anak kepada seorang bekas pemain bola sepak Poland yang bermain secara profesional di Denmark.

ARTIKEL YANG SAMA