Wozniacki mudah ke separuh akhir

Wozniacki mudah ke separuh akhir

NEW YORK, 7 Sept – Bekas pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki meneruskan aksi cemerlangnya apabila menewaskan Anastasija Sevastova untuk mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.

Naib juara dua kali itu yang kini menghuni ranking ke-74 dunia selepas mengalami kecederaan tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan 6-0, 6-2 ke atas Sevastova dalam aksi suku akhir.

Dia akan berdepan Angelique Kerber dalam perebutan tempat ke final selepas pemain Jerman itu menewaskan Roberta Vinci dari Itali 7-5, 6-0 dalam satu lagi aksi suiku akhir.

Wozniacki yang juga finalis pada 2009 dan 2014 melahirkan rasa simpati terhadap Sevastova selepas lawannya itu mengalami kecederaan buku lali, kecederaan sama yang pernah dialami Wozniacki awal tahun ini.

Wozniacki mudah ke separuh akhir apabila menewaskan lawannya 6-0, 6-2. – AFP
Wozniacki mudah ke separuh akhir apabila menewaskan lawannya 6-0, 6-2. – AFP

“Saya simpati dengan keadaannya kerana saya juga pernah mengalami kecederaan itu sebelum ini,” kata Wozniacki yang akan kembali dalam kelompok 30 terbaik dunia selepas prestasi cemerlangnya di New York kali ini.

“Saya terpaksa membuatkan dia bergerak ke belakang dan melakukan banyak gerakan”.

Menjelang aksi separuh akhir bertemu Kerber, Wozniacki mahu terus fokus dan sedar akan berdepan cabaran sukar bagi mengatasi lawannya yang berjaya menewaskannya sebanyak tujuh kali dalam 12 pertemuan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA