Wozniacki tarik diri dari kejohanan Madrid dan Rome

Wozniacki tarik diri dari kejohanan Madrid dan Rome

MADRID, 19 April (AP) – Bekas pemain nombor satu dunia Caroline Wozniacki menarik diri dari kejohanan-kejohanan gelanggang tanah liat di Madrid dan Rome disebabkan kecederaan di buku lali sebelah kanan, membuatkan statusnya untuk bertanding di Terbuka Perancis tidak pasti.

Wazniacki mengeluarkan kenyataan itu dalam aplikasi twitter kelmarin bahawa dia menarik diri daripada dua kejohanan menjelang Roland Garros, mengatakan dia “memerlukan masa untuk sembuh.”

Pada awal April, dia menyiarkan gambar bahagian bawah kaki kanannya yang dalam balutan dan menulis: “Terseliuh buku lali ketika latihan hari ini.”

Wozniacki, naib juara dua kali Terbuka AS, berada di kedudukan ke-24 dunia dan mempunyai rekod 8-7 tahun ini. Dia tidak bermain sejak tewas perlawanan keduanya di Terbuka Miami bulan lepas.

Kejohanan Madrid bermula pada 30 April, dan Rome bermula pada 9 Mei. Manakala Terbuka Perancis, kejohanan grand slam kedua tahun ini, bermula pada 22 Mei.

ARTIKEL YANG SAMA