Wozniacki terselamat, tiga pilihan tersingkir

Wozniacki terselamat, tiga pilihan tersingkir

EASTBOURNE, England, 24 Jun (AFP) – Bintang tenis Denmark, Caroline Wozniacki terselamat ketika tiga daripada lima pilihan utama di kejohanan WTA Antarabangsa Eastbourne, di sini, tersingkir di pusingan kedua, awal pagi tadi.

Pilihan kedua kejohanan yang pernah memenangi kejohanan pra-Wimbledon itu, enam tahun lalu menewaskan pemain Australia, Jarmila Gajdosova 7-6 (7/4), 6-2 untuk mara ke pusingan ketiga.

Wozniacki yang sentiasa bersemangat menjelang musim di gelanggang rumput merekodkan kemenangan kesembilan ke atas Gajdosova tanpa sebarang kekalahan.

Begitupun, ketika bekas kekasih pemain golf nombor satu dunia, Rory McIlroy itu mara, beberapa pemain pilihan lain tersingkir termasuk finalis di Roland Garros yang juga pilihan ketiga, Lucie Safarov.

Safarov begitupun tumbang kepada finalis Terbuka Australia 2014, Dominika Cibulkova 7-6 (9/7), 6-4 yang sebelum ini terpaksa berehat daripada beraksi akibat menjalani pembedahan kaki.

Wozniacki mengembalikan pukulan ketika menentang Gajdosova di Eastbound semalam. – AFP
Wozniacki mengembalikan pukulan ketika menentang Gajdosova di Eastbound semalam. – AFP

Pilihan keempat, Ekaterina Makarova dari Russia juga tersingkir selepas tewas kepada pemain Britain, Johanna Konta extended 6-2, 6-4.

“Saya gembira kerana dapat melakukannya hari ini dan bersedia untuk melihat peluang selepas ini sama ada saya mampu untuk melakukannya sekali lagi,” kata Konta yang beraksi atas tiket wild card.

Pemain Amerika Syarikat, Sloane Stephens dalam pada itu menyingkirkan pakar gelanggang tanah liat Sepanyol, Carla Suarez Navarro yang juga pilihan kelima, 6-1, 7-5.

Pemain muda Switzerland, Belinda Bencic pula menyingkirkan penyandang juara yang juga pilihan ke-12, Madison Keys, 6-2, 6-2 manakala pilihan ke-16, Samantha Stosur tewas kepada Tsvetana Pironkova 7-5, 7-6 (7/0).

Kejohanan Grand Slam tenis ketiga tahun ini, Wimbledon dijadual bermula dalam masa enam hari lagi.

ARTIKEL YANG SAMA