WSJ: FBI lancar siasatan ke atas IMDB

WSJ: FBI lancar siasatan ke atas IMDB

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Reuters) – Biro Siasatan Persekutuan AS (FBI) sudah melancarkan satu siasatan ke atas pelaburan wang haram di syarikat dana bergolak kerajaan Malaysia, 1MDB, Wall Street Journal melaporkan hari ini, memetik satu sumber tidak dikenal pasti.

Skop penyiasatan ke dalam syarikat dibelenggu hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak jelas, kata akhbar itu yang memetik seorang ‘yang biasa dengan perkara itu.

FBI dan 1MDB belum memberi respons terhadap permintaan untuk mengulas mengenainya.

Laporan penyiasatan FBI berlaku sejurus selepas bekas ahli parti memerintah Malaysia diberkas sejurus sebelum berlepas ke Amerika Syarikat di mana dia merancang untuk membuat aduan polis dan menggesa pihak berkuasa AS untuk menyiasat tuduhan pelaburan wang haram di 1MDB.

Lembaga penasihat 1MDB dipengerusikan oleh Perdana Menteri Najib Razak. Syarikat dana itu dibelenggu kontroversi atas hutangnya berjumlah AS$11 bilion dan dakwaan salah pengurusan kewangan.

Satu siri penyiasatan antarabangsa juga sedang dijalankan ketika skandal menyelubungi syarikat dana itu semakin meluas.

Pihak berkuasa Swiss bulan ini mengatakan mereka sudah membekukan dana dalam bank-bank Swiss di tengah-tengah siasatan ke dalam 1MDB. Pihak berkuasa Hong Kong juga mengatakan mereka menyiasat satu aduan berkaitan dengan firma itu.

WSJ pernah melaporkan dalam Julai bahawa penyiasat yang meneliti 1MDB mendapati hampir AS$700 juta dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najb. Perdana menteri itu bagaimanapun menafikan menyalurkan wang daripada 1MDB atau dari mana-mana sahaja ke dalam akaunnya untuk kepentingan peribadi.

Agensi antirasuah Malaysia bagaimanapun mengisytiharkan dana itu sebagai derma.

ARTIKEL YANG SAMA