Wu Chun dilantik duta jenama BMW

Wu Chun dilantik duta jenama BMW

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mac – BMW China baru-baru ini telah memilih artis antarabangsa Brunei, Wu Chun sebagai duta jenama mereka ketika pelancaran model pertama BMW 2 Series Tourer di pasaran China.

Tidak ramai orang di dunia berpeluang untuk menjadi duta jenama bagi jenama kelas dunia seperti Coca-cola, Levis, Guerlain, Canon, Osim, jam tangan Mido Swiss, Disneyland, Gatsby, Seven-Eleven dan beberapa jenama lain.

Menurut kenyataan BMW di sini, ia kali pertama BMW China melantik seorang selebriti sebagai duta jenama mereka dan mereka telah memilih Wu Chun, terutamanya kerana imejnya sebagai lelaki berkeluarga yang sihat, mengikuti fesyen terkini, di mata awam yang diperlukan oleh BMW bagi pasaran sasaran baru ini.

Wu Chun yang baru-baru ini telah menjalani penggambaran komersial televisyen bagi BMW sejurus selepas selesai penggambaran filem pertama Hollywood di Australia mengongsikan pengalamannya dengan berkata, “Ketika penggambaran komersial televisyen, saya berpeluang memandu BMW 2 Series Tourer dan kereta ini muncul dengan konsep inovatif, yang menggabungkan elemen serba guna dan kepuasan memandu BMW dan bagaimana BMW berorientasikan pelanggan.”

BMW 2 Series yang pernah memenangi anugerah (Anugerah Rekaan iF 2015) menonjol sebagai jenis kereta tourer paling dinamik dalam kelasnya. Bentuknya sangat dinamik menambah keharmonian sport dan menawan, yang memperlihatkan penampilan unggul sebuah kereta BMW.

Wu Chun ketika pelancaran BMW 2 Series Tourer di China.
Wu Chun ketika pelancaran BMW 2 Series Tourer di China.

pg08_160323_c

Wu Chun melihat lebih dekat BMW X6 M di bilik pameran BMW Brunei.
Wu Chun melihat lebih dekat BMW X6 M di bilik pameran BMW Brunei.

BMW 2 Series Tourer adalah satu lagi peristiwa penting, penanda proses penyetempatan Brilliance BMW dan komitmen di China. Kereta baru ini cuba memikat kumpulan pelanggan baru, dengan mengukuhkan kedudukan peneraju jenama BMW dalam pasaran premium kereta, dengan memperlihatkan tenaga penuh bagi “100 tahun akan datang”

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Brilliance, Anton Heiss, dipetik sebagai berkata, “BMW Series Tourer memperingati peristiwa bersejarah penting komitmen Kumpulan BMW kepada China. Kereta ini betul-betul menawan tren pengguna baru di China.”

Sementara itu, Wu Chun, yang juga duta jenama bagi Penerbangan Diraja Brunei (RB) baru-baru ini telah berkunjung ke bilik pameran BMW Brunei ketika pelancaran BMW X6 M.

Kereta yang menurutnya salah sebuah kereta kegemarannya itu adalah generasi kedua BMW X6 M. Kereta SAC (Sport Acitivity Coupe) dijana oleh enjin 4.4 liter V8 M TwinPower dikatakan enjin paling berkuasa yang dimajukan bagi model-model pemanduan all-wheel drive. BMW X6 M ini dilengkapi dengan 575 kuasa kuda dan 750 Nm tork dan keupayaan kelajuan 0-100km dalam masa 4.2 saat.

Juga dilancarkan ialah barisan X6 BMW iaitu BMW X6xDrive 35iM Sport Package dan BMW X6 xDrive35i Standard Line. BMW X6 dijana oleh enjin 3 liter 6 silinder, dengan 306 kuasa kuda dan 400 Nm tork dan mempunyai kemampuan kelajuan dari 0-100km dalam masa 6.4 saat.

ARTIKEL YANG SAMA