Wu Chun perkembang perniagaan, buka Salun WoMen

Wu Chun perkembang perniagaan, buka Salun WoMen

Oleh Rafidah Jumat & Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Dis – Pelakon kelahiran Brunei yang menempa nama di Taiwan, Wu Chun kini mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuka salun rambut dinamakan WoMen yang mula beroperasi hari ini.

Salun WoMen yang terletak di Regent Square memiliki tarikannya tersendiri kerana mengetengahkan bukan sahaja perkhidmatan potongan rambut buat wanita, lelaki dan kanak-kanak bahkan turut menempatkan kafe bagi pelanggan yang ingin bersantai.

“Apa yang membuat saya membuka perniagaan salun adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan unik bertaraf antarabangsa yang boleh dinikmati warga di negara ini.

Wu Chun bersama pendandan rambut dari Taiwan.
Wu Chun bersama pendandan rambut dari Taiwan.
Ruang dandanan rambut VIP untuk lelaki.
Ruang dandanan rambut VIP untuk lelaki.

“Pendandan rambut di Salun WoMen adalah yang terlatih, dan telah memenangi anugerah dandanan,” Wu Chun memberitahu Media Permata.

WoMen yang beroperasi setiap hari bermula 10 pagi hingga 7 malam ini mampu memberi penampilan tersendiri setiap kali kunjungan, dan pelanggan yang membuat kunjungan kali pertama ke salun ini akan mendapat diskaun 30 peratus.

ARTIKEL YANG SAMA