Wu Chun promosikan Penerbangan RB

Wu Chun promosikan Penerbangan RB

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Duta Jenama Antarabangsa, Wu Chun membuat kemunculan peribadinya di jerayawara Penerbangan Diraja Brunei (RB) yang telah diadakan di Shenzhen, China kelmarin.

Wu Chun yang merupakan bintang kelahiran Brunei, adalah bintang TV ternama di China dan para peminatnya berminat untuk mendengar pandangan peribadinya untuk melakukan percutian di Brunei, Sabah dan Bali.

Beliau juga merupakan promoter terbesar RB sebagai penerbangan pilihan bagi penumpang China menuju ke tempat-tempat menarik ke seluruh Asia Tenggara.

Beberapa permainan dan aktiviti diadakan buat peminat dan pengunjung di sepanjang acara yang diadakan sehari itu. Pertandingan RB “Di manakah Brunei?” menarik minat para peminat dan pengunjung kerana siapa yang berjaya memberikan jawapan betul akan memenangi hadiah. Jerayawara ini merupakan yang kedua kali dianjurkan oleh RB bersama Wu Chun di China, jerayawara yang sama juga diadakan pada Disember 2014 di Guangzhou. RB juga mengadakan acara bersama Wu Chun di Pulau Manukan Februari lepas di Kota Kinabalu, Sabah.

Wu Chun (tiga dari kiri) yang turut sama mempromosikan Penerbangan RB di Jerayawara yang diadakan di Shenzhen.
Wu Chun (tiga dari kiri) yang turut sama mempromosikan Penerbangan RB di Jerayawara yang diadakan di Shenzhen.

Jerayawara tersebut diadakan dari 13 Jun hingga kelmarin, menampilkan agensi-agensi pelancongan mempromosikan pakej percutian ke Brunei dan menuju ke Kota Kinabalu dan Bali.

Di acara tersebut juga dijadikan peluang mempromosikan aktiviti petang bersama Wu Chun yang akan diadakan di Brunei pada 25 Ogos depan.

ARTIKEL YANG SAMA