Wujud kemahiran sosial dalam kalangan murid berkeperluan khas

Wujud kemahiran sosial dalam kalangan murid berkeperluan khas

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Rombongan seramai 55 orang murid berkeperluan khas, baru-baru ini, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Permainan Jerudong bagi mendedahkan mereka kepada pengalaman baru seperti menghargai dan mengenali permainan serta kewujudan alam sekitar yang unik.

Murid-murid tersebut terdiri daripada murid-murid autisme, sindrom down, palsi serebrum, masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran.

Menerusi lawatan itu, ia dapat menyemai semangat berganding bahu, berdikari dan membina keyakinan diri di samping mewujudkan kemahiran sosial yang positif bersama masyarakat di sekeliling mereka.

Program ini juga diadakan untuk menjayakan lagi pembelajaran mereka untuk mengenali erti permainan mengikut tema mata pelajaran iaitu ‘permainan’ selain memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri lawatan menaiki bas.

Sebilangan murid berkeperluan khas yang mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Permainan Jerudong.
Sebilangan murid berkeperluan khas yang mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Permainan Jerudong.
Lawatan rombongan itu bagi mendedahkan mereka mengenai kemahiran interaksi sosial bersama masyarakat.
Lawatan rombongan itu bagi mendedahkan mereka mengenai kemahiran interaksi sosial bersama masyarakat.