Wujud minat keusahawanan dalam diri pelajar

Wujud minat keusahawanan dalam diri pelajar

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

TUTONG, 9 Nov – Mahasiswa dan mahasiswi Diploma dalam Kaunseling, Universiti Brunei Darussalam (UBD), baru-baru ini, telah mengambil inisiatif mengadakan Program Motivasi Kerjaya bertemakan ‘Mewujudkan Minat Keusahawanan Menerusi Ceramah Kerjaya’ yang berlangsung di Bilik Kuliah Sekolah Menengah Tanjung Maya, Tutong.

Program anjuran Diploma dalam Kaunseling dari Pusat Pendidikan Lanjutan, UBD, dan Profesor Madya Dr. Azizi bin Yahaya ini dikendalikan oleh tiga orang penceramah yang terdiri daripada Awangku Kamal Ghadafi bin Pengiran Haji Suhaimi, jurugambar bebas Adam Hague dan Ajwa Kitchen Small Medium Enterprising.

Menurut satu kenyataan yang diberikan, program ini dibuka khusus kepada pelajar Tahun 8 dan 9 serta beberapa orang murid Tahun 6 dari dua buah sekolah rendah di Daerah Tutong.

Antara guru-guru dan para pelajar yang menghadiri ceramah motivasi kerjaya.
Antara guru-guru dan para pelajar yang menghadiri ceramah motivasi kerjaya.
Awangku Kamal Ghadafi ketika menyampaikan ceramah motivasi mengenai keusahawanan.
Awangku Kamal Ghadafi ketika menyampaikan ceramah motivasi mengenai keusahawanan.

Program ini diadakan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran mengenai peluang kerjaya dalam bidang keusahawanan yang boleh disemai minatnya dari awal lagi memandangkan bidang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada masa ini semakin berkembang maju.

Untuk menimbulkan rasa minat kalangan pelajar terhadap bidang keusahawanan sebagai pilihan utama, ceramah seperti ini amat penting bagi memberi idea atau gambaran mengenai bidang keusahawanan seperti memulakan peniagaan dengan cara yang betul dan mencontohi pengalaman keusahawanan yang berjaya sama ada daripada sektor kerajaan atau persendirian.

ARTIKEL YANG SAMA