Wujudkan Zon Ekonomi sekitar Terusan Suez

Wujudkan Zon Ekonomi sekitar Terusan Suez

KAHERAH, 12 Ogos – Presiden Abdel Fattah el-Sisi mengeluarkan dekri penubuhan zon ekonomi bagi Terusan Suez di Mesir, menurut agensi berita rasmi negara itu semalam.

Mesir melancarkan Terusan Suez yang “ditambahbaikkan” minggu lepas, yang diharapkan oleh Presiden Sisi akan menghasilkan pemantapan ekonomi di negara Arab paling ramai penduduk tersebut.

Dekri tersebut membabitkan kawasan seluas 460 kilometer persegi di sekitar terusan berkenaan yang menurut kerajaan akan digunakan untuk pembangunan industri antarabangsa serta hab logistik yang akan menarik pelaburan asing.

Mesir menjangka zon ekonomi tersebut akan akhirnya menjadi kira-kira sepertiga ekonomi negara, kata Menteri pelaburan pada Mac. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA