Wushu Junior Asia VIII

Wushu Junior Asia VIII

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Peserta wushu negara Mohd Sufi Shayiran bin Roslan mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih pingat perak pertama negara dalam Kejohanan Wushu Junior Asia VIII yang berlangsung di Mongolia, hari ini.

Mohd Sufi beraksi dalam acara Nandao dalam kejohanan yang disertai 16 orang atlet di mana beliau berjaya mendapat pingat perak dan peserta Korea, Lee Han Sung mendapat pingat emas.

Menurut Jurulatih Negara, Li Hui, kejayaan itu amat bermakna dan menyatakan penghargaan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di atas sokongan berterusan kepada perkembangan dan pembangunan atlet serta sukan Wushu di Brunei.

Kontinjen negara disertai 10 orang atlet bersama Jurulatih Li Hui untuk menyertai kejohanan yang bermula dari 6 hingga 9 Ogos bersama 396 atlet lain dari 24 buah negara.

Mohd Sufi Shayiran (kiri) mendapat pingat perak untuk acara Nandao.
Mohd Sufi Shayiran (kiri) mendapat pingat perak untuk acara Nandao.