WWE disaman bekas atlet gusti

WWE disaman bekas atlet gusti

NEW YORK, 19 Julai – Berpuluh atlet gusti yang sudah bersara, semalam menyaman Perbadanan Hiburan Gusti Dunia (WWE) dalam usaha untuk memaksa syarikat itu bertanggungjawab atas kecederaan neurologi yang didakwa diperoleh mereka ketika beraksi di atas gelanggang.

Aduan terbabit itu telah difailkan bagi pihak beberapa orang atlet gusti termasuk Joseph Laurinaitis yang dikenali sebagai “Road Warrior Animal”, Jimmy Snuka atau diberi jolokan “Superfly” dan Paul Orndorff (Mr. Wonderful).

Beberapa bekas pengadil turut melakukan tindakan yang sama.

Mereka menuduh WWE menyembunyikan risiko trauma kepala yang berpunca daripada aksi yang dilakukan mereka dan mengklasifikasikan plaintif sebagai “kontraktor bebas” berbanding pekerja sebagai satu cara untuk mengelakkan liabiliti.

“WWE memperoleh keuntungan korporat daripada ahli gusti menerusi kesihatan, keselamatan dan keselamatan kewangan, memilih untuk meninggalkan plaintif selepas mengalami kecederaan yang parah dan dengan ketiadaan jalan lain untuk merawat minda dan badan mereka yang rosak,” kata aduan itu.

Jurucakap WWE yang berpangkalan di Stamford, Connecticut, Amerika Syarikat enggan memberikan jawapan balas ketika diminta mengulas aduan terbabit.

Tuntutan itu bertujuan untuk meminta ganti rugi dan ganti rugi punitif serta pemantauan perubatan yang lebih baik. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA