WWE: Menanti Sting belasah Rollins

WWE: Menanti Sting belasah Rollins

CONNECTICUT, 20 Sept (MK) – Perlawanan merebut kejuaraan heavyweight dunia WWE di antara Sting dan Seth Rollins pada Isnin memang dinanti-nantikan peminat gusti di mana-mana saja.

Kali terakhir Sting muncul di WWE adalah ketika membantu John Cena mengalahkan Rollins di RAW siri ke-31 pada Januari lalu. Keadaan ini membuatkan Triple H marah dan berjanji akan membalas dendam terhadapnya di Wrestlemania.

Bagi Rollins, ini sememangnya saat yang ditunggu-tunggu untuk membalas dendam ke atas Sting. Selepas dia kerap muncul mengganggunya sejak kebelakangan ini.

Terbaru Sting memecahkan patung Rollins dan membawanya pergi dengan kenderaan sampah.

Secara teknikalnya Sting memenangi 13 kejuaraan heavyweight walaupun hanya 10 daripadanya diiktiraf oleh Pro Wrestling Illustrated.

Secara teknikalnya Sting memenangi 13 kejuaraan heavyweight walaupun hanya 10 daripadanya diiktiraf oleh Pro Wrestling Illustrated.
Secara teknikalnya Sting memenangi 13 kejuaraan heavyweight walaupun hanya 10 daripadanya diiktiraf oleh Pro Wrestling Illustrated.

Dalam wawancara dengan Rolling Stone, Sting – atau nama sebenarnya Steve Borden Sr, 65, – memberitahu sebenarnya dia cuma watak kedua (atau sampingan) yang sentiasa tersepit dalam persengketaan Triple H dan Seth Rollins.

“Fokus saya ialah Rollins. Dia adalah pilihan peminat sekarang tetapi dengan masa yang ada pada saya, anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku selepas ini,” katanya.

Selepas 30 tahun terbabit dalam dunia gusti profesional, Sting mengakui banyak belajar untuk lebih menghargai peminat dengan membawa gerak tempur berlainan.Perkembangan itu kemudian memperlihatkan bagaimana Sting mengetengahkan watak Joker sehingga dia pernah dikenali sebagai Joker Sting.

Mengenai watak itu, Sting mengakui tidak semua menggemarinya – atau menyukainya.

“Ada yang suka, ada yang tidak,” katanya.

Sementara itu, Sting berkata, penghormatan yang diterimanya daripada peminat dilihat antara penyumbang terbesar kepada kemampuannya beraksi menarik di atas gelanggang. Etika kerja yang tinggi membawa Sting menjadi antara ahli gusti tersohor sehingga hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA