WWF gesa penutupan semua taman harimau

WWF gesa penutupan semua taman harimau

GENEVA, 28 Julai – Tabung Hidupan Liar Sedunia hari ini menggesa negara-negara Asia untuk menutup taman harimau mereka bagi meningkatkan usaha menentang perdagangan pasaran gelap bahagian anggota haiwan.

Kumpulan pemuliharaan berkata yang tinggal sekitar 200 buah taman harimau di Asia, terutamanya di China, Laos, Vietnam dan Thailand.

Bilangan harimau dalam kandang itu kira-kira 8,000 ekor, lebih daripada yang dianggarkan 3,900 yang hidup di hutan, kata WWF dalam satu kenyataan menjelang Hari Harimau An-tarabangsa pada 29 Julai.

Kebanyakan taman harimau terlibat dalam kemewahan tetapi dalam pasaran penyeludupan haram.

Zoo yang digelar ‘Kuil Harimau’ di barat Thailand telah ditutup pada Mei selepas para pegawai hidupan liar Thailand menemui puluhan anak harimau yang mati disimpan dalam peti sejuk.

Penutupan universal ke atas penternakan seperti itu adalah penting, kata WWF, kerana ‘kewujudan mereka menjejaskan usaha negara-negara untuk melindungi kucing besar itu hidup di hutan dan mewujudkan permintaan bagi produk-produk yang dibuat daripada bahagian-bahagian anggota harimau’. – AFP