Xavi: Adios Barca

Xavi: Adios Barca

BARCELONA, 21 Mei – Legenda Barcelona, Xavi Hernandez akan meninggalkan kelab Catalan yang disertainya sejak zaman kanak–kanak untuk bersama pasukan Qatar, Al Saad pada akhir musim ini, kata ayahnya kelmarin.

“Masa sudah tiba untuk Xavi mengucapkan selamat tinggal,” ayah pemain midfield yang berusia 35 tahun itu, Joaquin Hernandez memberitahu radio Cope.

Dia berkata kontrak bersama Al Saad akan membolehkan Xavi, yang pada masa ini kapten pasukan, untuk berlatih sebagai jurulatih dan boleh juga beraksi.

“Dia bernasib baik menerima tawaran menarik yang membolehkannya untuk terus bermain, berlatih sebagai jurulatih masa depan dan juga berehat.”

Xavi adalah pemain paling menarik Barcelona sepanjang masa dan salah seorang wira Sepanyol dalam kemenangan Euro dan Piala Dunia.

Xavi Hernandez melambai ke arah wartawan selepas sidang media di Pusat Sukan Joan Gamper Barcelona di Sant Joan Despi selesai semalam. – AFP
Xavi Hernandez melambai ke arah wartawan selepas sidang media di Pusat Sukan Joan Gamper Barcelona di Sant Joan Despi selesai semalam. – AFP

Mac lalu dia telah bertemu dengan pengurus Al Sadd, yang mengumumkan dalam media sosial bahawa dia bersetuju menyertai kelab tetapi pasukan dari Qatar itu kemudian berkata persetujuan belum lagi dicapai.

Xavi secara peribadi mengumumkan perpindahan semasa sidang akhbar Khamis lalu, media Sepanyol melaporkan.

Kontraknya bersama juara liga Sepanyol itu berakhir tahun depan tetapi kelab sudah menjelaskan tidak akan menjadi penghalang kepada pelepasannya.

“Xavi mendapatkan hak untuk menentukan masa depannya,” kata presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu Mac lalu apabila ditanya mengenai laporan pemain ikon itu bersetuju untuk berpindah ke Qatar.

Pemain itu akan mengikuti jejak langkah legenda Real Madrid, Raul, yang beraksi 39 perlawanan untuk Al Sadd, salah sebuah kelab terbaik Qatar, di antara 2012 dan 2014, sebelum menyertai New York Cosmos pada Oktober 2014. – AFP