Xavi bakal bersara

Xavi bakal bersara

BARCELONA, 1 Jun (Reuters) – Pemain midfield Barcelona, Xavi (gambar) menjulang Piala Copa Del Ray bersama Andres Iniesta dalam kemunculan terakhirnya di Camp Nou pada Sabtu dan sekarang kemenangan dalam Liga Juara–Juara akan menjadikan persaraan sempurna bagi legenda kelab itu.

Xavi menjadi pemain Sepanyol pertama memenangi 24 trofi berikutan kemenangan 3-1 ke atas Athletic Bilbao dan masih boleh menambah kemenangan apabila menentang Juventus pada 6 Jun nanti.

Pemain berbakat itu merupakan pemain yang cemerlang musim ini tetapi setelah kemenangan trofi lebih 17 tahun menunjukkan kepentingannya kepada kelab Catalan itu bahawa dia akan pergi pada akhir musim kempen ini.

Dengan trofi La Liga juga sudah dimenangi, kemenangan dalam persaingan akhir Liga Juara–Juara akan menyaksikan Barca menyamakan tiga kejayaan seperti 2009.

“Kami sekarang berada dalam kedudukan di mana kami boleh membuat perbandingan walaupun terdapat jalan yang masih panjang dan Sabtu depan akan menyaksikan apa yang berlaku,” Xavi memberitahu wartawan.

Barcelona's midfielder Xavi Hernandez (C) celebrates their victory at the end of the Spanish Copa del Rey (King's Cup) final football match Athletic Club Bilbao vs FC Barcelona at the Camp Nou stadium in Barcelona on May 30, 2015. Barcelona won 3-1.  AFP PHOTO/ ANDER GILLENEA
Barcelona’s midfielder Xavi Hernandez (C) celebrates their victory at the end of the Spanish Copa del Rey (King’s Cup) final football match Athletic Club Bilbao vs FC Barcelona at the Camp Nou stadium in Barcelona on May 30, 2015. Barcelona won 3-1. AFP PHOTO/ ANDER GILLENEA

“Kita boleh menyamakan sejarah menjulang tiga kejuaraan itu tetapi siapa tahu? Saya rasa jurulatih (Luis Enrique) telah membuat giliran terhadap skuad dan kami semua masih segar adalah yang penting.

“Kami perlu berhati–hati kerana Juventus juga pasukan yang hebat yang mempunyai banyak keyakinan. Mereka juga mempunyai kemenangan berganda dan kami juga melihat bagaimana kedudukannya tetapi kami mahu melakarkan sejarah.”

Xavi membuat kemunculannya bagi Barca di bawah bekas jurulatih Louis van Gaal dan tidak lama menjadi pemain utama, tetapi ketika zaman keemasan dari 2008 sehingga 2012 di bawah kendalian Pep Guardiola, dia bermain di atas padang sebagai perancang arkitek di bahagian tengah, di mana dia begitu menyerlah.

“Kepentingan Xavi dalam sejarah Barca adalah jelas bagi semua orang untuk melihatnya,” Luis Enrique memberitahu sidang akhbar.

“Dia telah beraksi dalam banyak perlawanan rasmi dan memenangi banyak trofi dalam sejarah Barca. Dia masih perlu untuk memenangi Liga Juara–Juara sekali lagi dan kemudian boleh bersara di peringkat terbesar seperti yang saya rasakan apa yang dilakukannya.”