Xavi kesali layanan Real terhadap Casillas

Xavi kesali layanan Real terhadap Casillas

BARCELONA, 15 Julai – Bekas kapten Barcelona Xavi Hernandez pada Selasa mengecam layanan tidak adil Real Madrid mengendalikan pemergian penjaga gol bintang dan rakannya Iker Casillas.

“Bagi saya, pemergiannya dari Real Madrid amat menyedihkan. Sayang sekali kerana ia tidak adil,” Xavi menulis dalam surat terbuka yang disiarkan dalam akhbar Catalan La Vanguardia.

“Bagaimana anda tidak menghargai Iker?” Xavi menambah. “Bagi saya dia adalah penjaga gol yang paling penting dalam sejarah.”

Casillas, 34, mengumumkan keputusannya untuk pergi bagi menyertai Kelab Portugal FC Porto selepas 25 tahun bersama kelab zaman kanak-kanaknya melalui satu sidang akhbar. Beliau menangis selepas kenyataan ringkas Real Madrid. Presiden kelab Florentino Perez kemudian bergegas untuk mengadakan satu majlis di antara Madrid dan Casillas dengan memanggil kapten itu untuk bersama beliau di satu majlis kejutan di Santiago Bernabeu Isnin lalu.

Pemergian bergegas itu berbeza dengan penghormatan besar-besaran yang dianjurkan oleh Barcelona untuk Xavi apabila dia meninggalkan Barca untuk menyertai pasukan Qatar Al-Sadd pada akhir musim lalu.

Xavi Hernandez (kanan) mengecam layanan tidak adil Real Madrid mengendalikan pemergian Iker Casillas (kiri). – Reuters
Xavi Hernandez (kanan) mengecam layanan tidak adil Real Madrid mengendalikan pemergian Iker Casillas (kiri). – Reuters

“Saya menganggap diri saya bernasib baik tetapi Iker berhak mendapat layanan yang sama seperti mana layannya kepada orang lain,” Xavi menulis.

Casillas dan Xavi, 35, adalah kawan zaman kanak-kanak dan bekas rakan skuad Sepanyol yang memenangi Piala Dunia 2010 dan dua Kejohanan Eropah yang lalu.

Walaupun mengepalai dua pasukan terbesar dalam sukan Sepanyol, gerak isyarat persahabatan mereka begitu terbuka dengan Casillas memanggil Xavi dengan isyarat pendamai dalam ketegangan antara kedua-dua kelab pada 2012. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA