Xbox One S tampil lebih kecil

Xbox One S tampil lebih kecil

LOS ANGELES, 14 Jun (AP) – Microsoft semalam melancarkan versi konsol permainan video baru yang lebih nipis pada taklimat media di Ekspo Hiburan Elektronik yang akan dipasarkan pada akhir tahun ini dan menjangkakan satu konsol yang berkeupayaan lebih tinggi yang dijangka keluar pada tahun 2017.

Syarikat itu berkata Xbox One S putih adalah 40 peratus lebih kecil daripada Xbox One hitam asli dan akan memaparkan sokongan untuk video definisi tinggi 4K.

Perubahan lain termasuk memindah pangkalan USB ke depan konsol, menambah blaster inframerah terbina dalam dan menghapus pangkalan untuk sistem kamera Kinect.

Microsoft berkata konsol itu akan dijual pada Ogos dengan harga AS$299 hingga AS$399 bergantung pada saiz pemacu keras.

Syarikat itu juga membutirkan Projek Scorpio, Xbox One yang berkeupayaan lebih tinggi yang akan memaparkan sokongan untuk permainan 4K dan permainan video. Konsol baru akan memaparkan enam teraflops – atau 6 trilion kuasa operasi poin apungan sesaat.

“Wawasan kami untuk permainan masa depan adalah untuk generasi akan datang,” kata ketua Xbox Phil Spencer. “Apabila ia dihantar pada tahun depan, kami percaya ia akan menjadi konsol paling berkeupayaan tinggi yang pernah dicipta.”

Spencer berjanji semua permainan Xbox One akan berfungsi dalam kesemua tiga sistem: Xbox One, Xbox One S dan Projek Scorpio, yang belum ditunjukkan di pentas di E3.

Sementara mereka mempunyai spesifikasi yang sama, PlayStation 4 Sony adalah lebih berkeupayaan berbanding versi Xbox One sekarang.

Memandangkan kedua-duanya dilancarkan pada 2013, penjualan Xbox One telah ketinggalan di belakang PS4. Sony berkata pada bulan lalu ia telah menjual 40 juta PS4. Microsoft tidak mendedahkan angka penjualan terbaru Xbox One.

ARTIKEL YANG SAMA