Xi Jinping ja...

Xi Jinping jadi presiden China pertama hadiri Davos

BEIJING, 10 Jan – Presiden Xi Jinping akan menjadi presiden pertama China yang menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, kata kementerian luar negeri hari ini, ketika negara itu berusaha mencari peranan lebih besar dalam hal ehwal global.

Xi akan mengadakan lawatan rasmi ke Switzerland bermula 15 hingga 18 Januari dan menghadiri mesyuarat tahunan forum tersebut di samping ahli politik dan jutawan pada 17 Januari, kata jurucakap kementerian, Lu Kang memberitahu taklimat ringkas media.

Semasa di negara itu, Xi juga akan mengunjungi pejabat-pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Eksekutif China termasuk pengasas Alibaba Jack Ma, pengerusi Kumpulan Dalian Wanda, Wang Jianlin dan presiden Baidu, Zhang Yaqin akan menemani pemimpin tersebut.

“Tahun ini, disebabkan saiz dan skala delegasi China, kami memiliki suara China dalam kebanyakan perbincangan global,” kata ketua perwakilan China bagi Forum Ekonomi Dunia, David Aikman kepada Bloomberg News. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA