Xi kongsi tentang bola, hidupan liar

Xi kongsi tentang bola, hidupan liar

BEIJING, 21 Okt – Presiden China, Xi Jinping bercakap mengenai bola sepak, perlindungan hidupan liar dan perubahan iklim apabila beliau bertemu anggota kanan kerabat diraja Britain semasa lawatan negeri ke London, menurut akaun kerajaan China yang disiarkan hari ini.

Kerabat diraja Britain mempunyai hubungan bercampur baur dengan China selama beberapa tahun.

Walaupun pewaris takhta Putera Charles begitu rapat dengan pemimpin spiritual Tibet Dalai Lama, Charles dan anak lelakinya Putera William telah menyatakan kebimbangan yang keinginan China terhadap gading telah menggalakkan pemburuan haram gajah.

Bagaimanapun, William menerima sambutan hangat apabila dia mengunjungi China pada Mac dan bertemu Xi.

Xi memberitahu Putera Charles ketika mereka bertemu di London yang beliau menghargai usaha kerabat diraja untuk mempromosi hubungan China-Britain dan akan mengalu-alukan lebih banyak lawatan daripada mereka ke China, menurut kementerian luar negeri China.

Kedua-duanya juga membincangkan perkembangan mapan – suatu perkara yang dekat di hati Charles – perubahan iklim dan tenaga bersih, menurut kementerian dalam kenyataan singkat.

Xi bercakap kepada William tentang perlindungan hidupan liar, menjelaskan pencapaian penting yang telah China lakukan terutamanya dalam menangani perdagangan haram dalam hidupan liar, menurutnya.

Mereka juga ‘bertukar-tukar pandangan’ dalam kerjasama bola sepak Britain-China.

Xi juga merupakan salah seorang peminat bola sepak, walaupun jika pasukan negara pada umumnya menunjukkan permainan yang kurang baik dalam pertandingan antarabangsa.

Beliau juga akan mengunjungi kelab bola sepak Manchester City, yang ditemani oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron pada Jumaat. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA