Xi: Perlu sama-sama faham ‘tujuan strategik’

Xi: Perlu sama-sama faham ‘tujuan strategik’

SEATLLE, 24 Sept (AFP) – Presiden China, Xi Jinping mengunjungi Washington hari ini bagi menghadiri rundingan kemuncak bersama Barack Obama bagi mencapai beberapa kata sepakat dalam isu-isu seperti kecurian siber dan Laut China Selatan.

Xi menghabiskan masa dua hari di Seattle dengan membawa mesej yang hubungan komersial dan ekonomi adalah pada teras hubungan bilateral dan pentadbiran Obama seharusnya menghormati pandangan lain China ke atas persoalan politik.

Dalam ucapan utamanya bagi lawatan yang dirancang itu, Xi mengatakan pada Selasa yang kedua-duanya perlu sama-sama memahami ‘tujuan strategik’ masing-masing dan menyeru bagi ‘model baru hubungan utama negara itu’, dengan salah satunya lebih memahami dan kurang mensyaki.

Xi Jinping (barisan hadapan tengah) bergambar bersama sekumpulan CEO dan eksekutif lain di kampus Microsoft di Redmond, Washington pada 23 September. – AFP
Xi Jinping (barisan hadapan tengah) bergambar bersama sekumpulan CEO dan eksekutif lain di kampus Microsoft di Redmond, Washington pada 23 September. – AFP

“Sekiranya mereka terlibat dalam konflik dan konfrontasi, ia boleh membawa kepada bencana kepada kedua-dua negara dan dunia sebahagiannya,” amarannya.

Namun ia adalah hanya beberapa ucapan dalam dua hari rundingan yang berpusat sekitar kepentingan China kepada syarikat-syarikat besar AS dan beberapa negeri-negeri ekonomi seperti California.

Kelmarin seramai 15 ketua eksekutif dari syarikat-syarikat besar AS seperti Apple, Boeing, General Motors, Amazon dan Microsoft di kalangan mereka – bertemu dalam rundingan itu bersama Xi yang mana mesejnya menyatakan mereka boleh mengharapkannya untuk mengekalkan ekonomi China kukuh, untuk meluaskan peluang dan memastikan mereka dilayan adil dalam perniagaan mereka di China.

ARTIKEL YANG SAMA