Xinhua, media Sri Lanka jalin kerjasama

Xinhua, media Sri Lanka jalin kerjasama

COLOMBO, 8 Jun – Agensi berita China, Xinhua sudah bersedia untuk melebarkan kerjasama dengan media Sri Lanka, kata Naib Presiden Xinhua, Long Xinnan.

Apabila bertemu dengan Menteri Reformasi dan Media Massa Parlimen, Gayantha Karunathilaka, kelmarin, Long memperkenalkan kerjasama dan pertukaran antara Xinhua dan media Sri Lanka sejak biro Xinhua dilancarkan di Colombo pada 1958.

Sebagai agensi berita rasmi China, Xinhua berharap dapat merangsang kerjasama dengan media Sri Lanka, menerusi objektif, liputan berita komprehensif dan adil, untuk memperkukuhkan lagi kefahaman dan persahabatan antara kedua-dua buah negara dan dua masyarakat, selain untuk mempromosi rakan strategik China-Sri Lanka, ujarnya.

Xinhua sedang meneroka bidang kerjasama dengan persatuan media Sri Lanka, seperti laporan bersama, edisi khas atau kolum, dan khidmat maklumat ekonomi bagi Inisiatif Belt and Road yang diusulkan China serta media sosial, kata Long.

Menteri Karunathilaka berkata Sri Lanka menghargai sokongan dari China, termasuk bantuan Xinhua kepada media tempatan.

Kerajaan Sri Lanka sudah bersedia untuk membantu memudahkan kerjasama antara Xinhua dan media tempatan, termasuk pertukaran berita dan maklumat ekonomi, latihan kakitangan dan bertukar-tukar lawatan.

Pada hari yang sama, Long juga bertemu dengan Pengerusi Akhbar Bersekutu Ceylon, Kavan Rathnayake dan Pengerusi Akhbar Upali, Nimal Welgama.

Xinhua telah menandatangani perjanjian dengan enam media Sri Lanka di bawah Akhbar Bersekutu Ceylon. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA