XLV pacu jualan SsangYong di China

XLV pacu jualan SsangYong di China

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Selepas pelancaran XLV pada Pameran kereta di Beijing 25 April lalu, SsangYong Motor berharap ia akan memacu dan meningkatkan jualan di pasaran China.

Bersama dengan pelancaran XLV itu, SsangYong juga mempamerkan enam model lain termasuk Korando dan model terlaris di China, Rexton.

Berikutan penampilan sulung pada pameran Geneva, SsangYong dipamerkan XLV di Beijing dan merancang untuk memulakan jualan di seluruh pasaran Asia bermula Jun.

XLV yang mengambil banyak aspek dari Tivoli termasuk reka bentuk, prestasi pemanduan dan nilai jenama, menawarkan nilai yang lebih hebat dengan ruang bagasi yang mendahului kelasnya bersama ciri-ciri keselesaan.

Sejak dilancarkan di pasaran Korea pada Mac, XLV mencatat lebih 5,000 kontrak unit hanya dalam masa sebulan, sekali gus menjadi momentum jualan baru.

Pelancaran model XLV Ssanyong di Beijing, baru-baru ini.
Pelancaran model XLV Ssanyong di Beijing, baru-baru ini.

Ketika XLV akan bersaing dalam segmen-C SUV yang terbesar di China, SsangYong menjangka penambahan XLV akan meningkatkan kesedaran jenama dan nilai Tivoli di pasaran China.

ARTIKEL YANG SAMA