XN FT juara bola sepak veteran

XN FT juara bola sepak veteran

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Dis – XN FT menjulang kejuaraan Kejohanan Bolasepak Veteran MIISA United Kali Pertama 2015 selepas menang 2-0 ke atas N9/PSJD di perlawanan akhir kelmarin.

Anugerah Pemain Terbaik Umur 50 Tahun Ke Atas telah diterima oleh Awang Ukoi bin Anam, manakala Anugerah Penjaga Gawang Terbaik menjadi milik Awang Sallehin Kee.

Suni Mat Jerah pula telah diumumkan selaku penerima Anugerah Penjaring Terbanyak, sementara Pengiran Isa bin Pengiran Aliuddin menerima Anugerah Pengurus/Jurulatih Terbaik.

Menyempurnakan penyampaian hadiah kepada empat pasukan terbaik kejohanan iaitu XN FT selaku juara, N9/PSJD sebagai naib johan serta MIISA United FC ‘B’ dan Mix FT selaku pemenang tempat ketiga bersama ialah Penasihat Kelab MIISA United, Awang Jabar bin Ithnin.

XN FT selaku juara telah membawa pulang hadiah wang tunai $1,000, pingat emas dan piala juara, manakala N9/PSJD menerima hadiah wang tunai $500, pingat perak dan piala naib juara.

Awang Jabar (kiri) ketika menyampaikan piala juara kepada ketua pasukan XN FT.
Awang Jabar (kiri) ketika menyampaikan piala juara kepada ketua pasukan XN FT.

Sementara Pengerusi Kejohanan, Awang Shari bin Haji Hasim telah menyempurnakan penyampaian hadiah bagi anugerah-anugerah individu berkenaan. Hadir sama ialah Presiden Kelab, Awang Mohd Isa bin Haji Marsidi.

Kejohanan yang disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, NFABD, Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) dan Persatuan Pengadil Bolasepak Daerah Brunei & Muara di Kompleks Sukan Sungai Kebun itu telah disertai sejumlah 12 buah pasukan.

Pasukan-pasukan itu ialah MIISA United FC ‘A’, MIISA United FC ‘B’, MIISA United FC ‘C’, Terazza FC, XN FT, Pondok 12, Mix FT, Kilugus ‘A’, Kilugus ‘B’, AKSE Bersatu dan N9/PSJD.

ARTIKEL YANG SAMA