XN FT mara ke peringkat akhir

XN FT mara ke peringkat akhir

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Setelah kejayaannya melangkah ke peringkat akhir Piala FA Persatuan Bola Sepak Veteran Brunei Darussalam hari ini, XN FT mengukir sejarah tersendiri apabila mara ke peringkat akhir Piala Presiden Persatuan Bola Sepak Veteran (VFA)-DST 2016.

XN FT berjaya menumpaskan Pasukan I Team di Kompleks Sukan Sungai Kebun dan menambahkan lagi luka pasukan yang pada minggu lalu tewas di peringkat separuh akhir di tangan Pasukan Al-Idrus FC di dalam Piala FA VFA 2016 minggu lalu.

Shahrin Momin membuka tirai jaringan bagi XN FT pada minit ke-10 perlawanan sebelum tiga minit kemudiannya rakan sepasukannya menambahkan dua jaringan peribadinya di dalam perlawanan itu sebelum satu lagi jaringannya pada minit ke-30.

Namun begitu Pasukan I Team tidak berganjak dan terus membuat percubaan untuk mendekati jumlah jaringan apabila Ampuan Mohd Endy Azri berjaya menggegarkan gawang XN FT pada minit ke-39 untuk merapatkan jurang 3-1.

Ketua Pasukan XN FT,  Pengiran Isa (merah) ketika  melepasi pertahanan  Pasukan I-Team (putih).
Ketua Pasukan XN FT, Pengiran Isa (merah) ketika melepasi pertahanan Pasukan I-Team (putih).

Meskipun begitu XN FT tampak lebih garang di dalam perlawanan itu apabila menamatkan babak pertama perlawanan dengan satu lagi jaringan oleh Suni Mat jerah pada minit ke-42 menjadikan keputusan di babak pertama berakhir dengan jaringan 4-1.

Babak kedua perlawanan pula menyaksikan perlawanan lebih tertumpu kepada bahagian tengah padang apabila jaringan Mohd Nadzrin Abdullah bagi Pasukan XN FT hanya berjaya dibuat pada minit ke-85 sebelum selang seminit kemudiannya pemain I Team, Ampuan Mohd Endry Azry sekali lagi menjaringkan gol bagi pasukannya menjadikan kedudukan akhir perlawanan 5-2.

Apa yang menarik di dalam kejohanan kali ini adalah Pasukan Al-Idrus yang juga berpeluang mencipta sejarah tersendiri jika berjaya menewaskan Pasukan BSRC di Kompleks Sukan Tutong ahad ini untuk bertemu XN FT di dalam perlawanan akhir Piala FA VFA 2016 kali ini.

ARTIKEL YANG SAMA