XN FT pesta gol benam TJ FT

XN FT pesta gol benam TJ FT

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – Mohd Nadzrin Abdullah daripada Pasukan XN FT membanjiri Padang Dewan Kemasyarakatan Kilanas dengan lima jaringannya apabila Pasukannya menewaskan pasukan TJ FT dengan jaringan 7-2 dalam kejohanan Piala FA Persatuan Bolasepak Veteran DST 2016 hari ini.

Pemain yang menyarung jersi 19 XN FT itu membukakan tirai jaringan pada minit ke-11 sebelum menambah jaringan selang tiga minit kemudiannya di minit ke-14 dan 10 minit kemudiannya untuk menempatkan XN FT di hadapan dengan 3-0, sekali gus melengkapkan hatriknya.

Pada minit ke-33 pula, rakan sepasukannya Radiman Haji Abdul Rahman menambahkan lagi jumlah jaringan untuk menempatkan XN FT di hadapan dengan jaringan 4-0, namun sebelum tamat babak pertama perlawanan, Pasukan TJ FT tidak mengalah dan mampu menggegarkan gawang XN FT melalui jaringan Keflee Haji Sulaiman pada minit ke-44.

Babak kedua bermula dengan kedudukan 4-1 dan Mohd Nadzrin membuka tirai jaringan babak kedua untuk XN FT mendahului 5-1 pada minit ke-46 sebelum sekali lagi Keflee daripada TJ FT menggegarkan gawang XN FT untuk merubah kedudukan kepada 5-2.

Mohd Nadzrin Abdullah (kuning) yang menjaringkan sebanyak lima gol dalam perlawanan tersebut.
Mohd Nadzrin Abdullah (kuning) yang menjaringkan sebanyak lima gol dalam perlawanan tersebut.

Apa yang pasti Pasukan XN FT tidak berhenti di sana apabila dua lagi jaringan dibuat oleh Rosli Ahad pada minit ke-72 sebelum Mohd Nadzrin menambah koleksi peribadinya pada minit ke-81 untuk mengukuhkan kedudukan XN FT di hadapan dengan jaringan 7-2.

Satu lagi perlawanan berlangsung di Kelab Rekreasi Brunei Shell di Daerah Belait di antara KB Warriors menentang Muara Spurs yang berkesudahan dengan hujan gol berpihak kepada pasukan KB Warriors.

KB Warriors berjaya membenam Pasukan Muara Spurs dengan jaringan 6-1 yang menyaksikan Haji Affandi Haji Jualihi melengkapkan hatrik dalam perlawanan pada minit ke-26, minit ke-36 dan minit ke-46 perlawanan.

Tiga lagi jaringan KB Warriors disumbangkan oleh Hanafi Suhaili pada minit ke-30 dan minit ke-68, sementara gol pembukaan dalam perlawanan hari ini dijaringkan oleh Mohd Azri Haji Bujang dari Muara Spurs seawal minit ke-3.