XYZ.com bakal hos laman sesawang Alphabet

XYZ.com bakal hos laman sesawang Alphabet

CALIFORNIA, 18 Ogos – Daniel Negari adalah jelas – syarikatnya bukan untuk dijual.

Pengasas dan CEO XYZ.com LLC, Negari berkata beliau berasa amat seronok apabila membaca pengumuman Google Inc mengatakan .xyz akan menjadi hos laman sesawang syarikat baru teknologi itu, Alphabet Inc.

“Saya berjalan ke arah kumpulan saya dan berkata ia adalah perkara paling besar yang telah berlaku kepada kita. Saya membaca mesej itu sekali lagi kerana ia adalah di luar alam nyata,” kata Negari.

Usahawan berusia 29 tahun itu, yang mempunyai pejabat di Beverly Hills dan Las Vegas, memberitahu Reuters semalam XYZ telah melihat pertambahan amat besar dalam minat untuk pelaburan strategik serta pembelian keseluruhan selepas Google melancarkan wajah barunya.

Bagaimanapun, Negari menegaskan syarikatnya bukan untuk dijual.

CEO XYZ.com, Daniel Negara (tengah) ketika menyertai forum yang turut disertai para CEO firma lain di California baru-baru ini.
CEO XYZ.com, Daniel Negara (tengah) ketika menyertai forum yang turut disertai para CEO firma lain di California baru-baru ini.

“Saya percaya saya ditempatkan di bumi untuk melakukan .xyz dan memperkenalkannya kepada pasaran. Kerja saya hampir selesai,” kata Negari.

Beliau menambah syarikat itu telah melihat minat daripada pelabur teknologi besar.

CEO muda itu, yang membayar AS$185,000 kepada Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN) untuk memohon .xyz, memberitahu Reuters bahawa sementara tawaran awam tidak dapat diketepikan, syarikat itu tidak mempunyai sebarang rancangan untuk melancarnya.

Pengesahan domain .xyz Google telah membantu domain yang didaftar oleh syarikat berkembang berlaki ganda, kata operator pendaftaran paling muda ICANN, Negari.

Sementara syarikat pada lazimnya mendaftar 3,000 domain sehari secara purata, 30,000 domain .xyz didaftar pada minggu pengumuman Google dikeluarkan.“Pengumuman Google ini menambah profil kepada tahap yang tidak mampu dilakukan oleh segala pemasaran dan periklanan yang dilakukan oleh kami di seluruh dunia,” kata Negari. – Reuters