Ya-Nur agih air, kurma

Ya-Nur agih air, kurma

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 31 Mei – Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, Ya-Nur Trading Company telah menghulurkan sumbangan sebanyak 1,560 kotak air mineral dan 78 kotak buah kurma kepada 26 buah masjid dan surau di Daerah Tutong.

Penyerahan sumbangan tersebut berlangsung di Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, semalam, dan disampaikan oleh Pengarah Urusan Ya-Nur Trading, Shaikh Khalid bin Shaikh Haji Ahmad kepada Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Awang Hassan bin Amat selaku tetamu kehormat.

Sumbangan tersebut merupakan projek kali kedua yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut pada tahun ini.

Air mineral keluaran syarikat berkenaan adalah bagi kegunaan majlis bertadarus dan bersungkai di setiap masjid Daerah Tutong semasa bulan Ramadan, yang mana sumbangan itu merupakan satu penghargaan dan pemberian yang amat bermakna kepada setiap masjid di seluruh negara.

Shaikh Khalid menyerahkan sumbangan air mineral dan kurma kepada Awang Hassan, baru-baru ini.
Shaikh Khalid menyerahkan sumbangan air mineral dan kurma kepada Awang Hassan, baru-baru ini.
Antara yang hadir pada majlis sumbangan Syarikat Ya-Nur.
Antara yang hadir pada majlis sumbangan Syarikat Ya-Nur.

ARTIKEL YANG SAMA