Yahoo jual aset kepada Verizon

Yahoo jual aset kepada Verizon

SAN FRANCISCO, 25 Julai – Yahoo telah bersetuju untuk menjual perniagaan terasnya kepada syarikat gergasi telekom Verizon sekitar AS$4.8 bilion, menamatkan operasi pelopor Internetnya selama 20 tahun sebagai sebuah syarikat bebas, umum firma itu hari ini.

Ketua eksekutif Verizon, Lowell McAdam berkata Yahoo akan disepadukan ke dalam unit AOL yang diperolehinya baru-baru ini untuk mewujudkan ‘sebuah syarikat media mudah alih global, dan membantu meningkatkan aliran hasil pendapatannya dalam pengiklanan digital’.

Pengambilalihan itu, yang dijangka ditutup pada awal 2017, akan mengetepikan pendapatan tunai Yahoo, beberapa paten syarikat itu, dan saham terbesarnya dalam Kumpulan Alibaba China serta saham dalam Yahoo Jepun.

Bagaimanapun, perjanjian itu akan menyerahkan laman popular Yahoo News, e-mel dan perkhidmatan online lain yang digunakan oleh lebih satu bilion orang di seluruh dunia.

Gambar fail yang diambil pada 31 Mei menunjukkan orang awam melintasi papan tanda Verizon di Washington, DC. Yahoo telah bersetuju untuk menjual perniagaan terasnya kepada Verizon, umum firma itu pada 25 Julai. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 31 Mei menunjukkan orang awam melintasi papan tanda Verizon di Washington, DC. Yahoo telah bersetuju untuk menjual perniagaan terasnya kepada Verizon, umum firma itu pada 25 Julai. – AFP

Yahoo akan dijadikan sebagai sebuah syarikat pelaburan berasingan yang akan merubah namanya selepas transaksi itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Yahoo, Marissa Mayer berkata dalam satu kenyataan: “Yahoo merupakan sebuah syarikat yang telah merubah dunia, dan akan terus melakukannya semasa gabungan ini bersama Verizon dan AOL.”

Tambahnya lagi, perjanjian itu mengasingkan perniagaan teras Yahoo dari saham ekuiti aset Asia, dan ‘merupakan langkah penting dalam pelan kami untuk mendedahkan nilai pemegang saham bagi Yahoo.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA