Yahoo mulakan siasatan terhadap pencerobohan mega rangkaian

Yahoo mulakan siasatan terhadap pencerobohan mega rangkaian

SAN FRANCISCO, 11 Nov – Yahoo mengesan bukti bahawa seorang penggodam telah menceroboh rangkaian komputernya sekurang-kurangnya 18 bulan sebelum melancarkan satu siasatan bahawa maklumat peribadi telahpun dicuri daripada kira-kira 550 juta akaun pengguna.

Urutan masa yang digaris kasar dalam fail pengatur menimbulkan persoalan seterusnya mengenai kenapa Yahoo mengambil masa yang lama untuk menyedari keseriusan kegagalan keselamatannya. Ia juga mungkin memberikan Verizon Communications sebab-sebab untuk mengubah atau menamatkan perjanjian bernilai AS$4.8 bilion untuk membeli perkhidmatan online Yahoo.

Yahoo mendedahkan saiz pencabulan tujuh minggu lalu. Pada masa itu, Yahoo menjejaki hasil dapatannya kepada satu siasatan yang dilancarkan pada lewat Julai, kira-kira pada masa yang sama apabila Verizon mengumumkan perjanjiannya untuk membeli perkhidmatan e-mel Yahoo, alat periklanan digital dan bahagian yang dikhaskan kepada berita, sukan, kewangan dan hiburan.

Verizon berkata ia tidak diberitahu mengenai serangan godaman sehingga beberapa hari sebelum Yahoo memberitahu penggunanya pada lewat September. – AP

Gambar fail 19 Julai 2016 menunjukkan logo Yahoo di ibu pejabat syarikat itu di Sunnyvale, California. - AP
Gambar fail 19 Julai 2016 menunjukkan logo Yahoo di ibu pejabat syarikat itu di Sunnyvale, California. – AP

ARTIKEL YANG SAMA