Yahoo perkenalkan Livetext

Yahoo perkenalkan Livetext

SUNNYVALE, Calif., 31 Julai (Bernama) – Yahoo! Inc. (NASDAQ: YHOO) hari ini mengumumkan Yahoo Livetext, satu aplikasi baharu untuk menghantar mesej video secara langsung satu-sama-satu pada telefon iPhone dan Android. Yahoo Livetext menggabungkan keselesaan dan kemudahan untuk menghantar teks, dengan kedekatan dan kejelasan video secara langsung, tetapi tanpa audio – oleh itu anda boleh menggunakannya dalam mana-mana konteks.

“Setiap peralihan platform membawa kepada bentuk komunikasi yang baharu, yang didorong oleh keinginan kita untuk berhubung dan berinteraksi dengan cara yang lebih kaya,” kata Adam Cahan, Naib Presiden Kanan Video, Reka Bentuk dan Produk Baharu.

“Kami mahu mencipta satu cara baharu untuk berkomunikasi, dengan menggabungkan kesederhanaan menghantar teks dengan emosi dan kedekatan video secara langsung, untuk menjadikan pengalaman anda spontan dan nyata.”

Yahoo Livetext adalah satu cara baharu untuk kekal berhubungan ia tidak mengganggu, cepat dan tepat masa namun ia juga sekilas lalu, sama seperti perbualan sebenar.

Interaksi, daripada senyuman bodoh, kepada mengenyit mata dan mengeluh, bermaksud ‘Lol’ tidak diperlukan untuk memastikan makna sesuatu mesej teks sebagai tindak balas tepat nyata diletakkan di tengah-tengah perbualan.

Kami telah melancarkan Yahoo Livetext di peringkat global, bermula dengan Hong Kong, Taiwan dan Ireland. Esok (30 Julai) Yahoo Livetext boleh diperolehi di App Store dan Google Play Store di lima negara baru – Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Jerman dan Perancis.