Yahudi mengganas lagi di Gaza

Yahudi mengganas lagi di Gaza

BAITULMAQDIS, 7 Jun (Reuters) – Pesawat Israel menyerang selatan Semenanjung Gaza hari ini dalam apa yang mereka sifatkan sebagai respons bedilan roket dari wilayah dikuasai Hamas, yang mengenai sasaran di selatan Israel, menurut tentera Israel.

Roket yang dibedil kumpulan militan mendarat di kawasan terbuka dan tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kecederaan, kata tentera.

Tiada korban jiwa dilaporkan di Gaza berikutan serangan udara itu, yang menyasarkan pusat latihan Hamas.

Kenyataan jurucakap tentera Israel berkata serangan udara itu menyasarkan “prasarana pengganas” di utara Semenanjung Gaza. Sasarannya disahkan.”

Bedilan roket sekali-skala dari Gaza sejak beberapa minggu lepas memecah keadaan reda daripada keganasan merentas sempadan sejak perang 50 hari Israel ke atas Hamas berakhir dengan gencatan senjata yang di broker oleh Mesir pada Ogos tahun lepas.

Seorang warga Palestin memerhati runtuhan rumah yang ranap akibat serangan udara terbaru Israel di Rafah di selatan Semenanjung Gaza. – Reuters
Seorang warga Palestin memerhati runtuhan rumah yang ranap akibat serangan udara terbaru Israel di Rafah di selatan Semenanjung Gaza. – Reuters

Siren serangan udara dibunyikan di seluruh kawasan Ashkelon, sebuah bandar kira-kira 10 kilometer di utara Gaza dengan penduduk kira-kira 120,000 orang.

Kumpulan jihad Salafi, “Briged Omar”, yang bersimpati dengan Negara Islam IS), mendakwa bertanggungjawab membedil roket ke kawasan Ashkelon.

Ia turut mendakwa bertanggungjawab bagi bedilan roket sebelumnya ke sasaran Israel.

Kumpulan tersebut turut berkata roket itu disasarkan ke atas Ashkelon bagi menyatakan perpaduan dengan para banduan Palestin yang dipenjarakan di Israel.

“Kaum Yahudi tidak akan pernah menikmati keselamatan selagi kami masih hidup,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.