Yahudi serang balas kedudukan tentera Syria

Yahudi serang balas kedudukan tentera Syria

BAITULMAQDIS, 21 Ogos (AFP) – Israel melancarkan serangan meriam dan udara ke atas kedudukan tentera Syria di Golan Heights pada malam semalam sebagai respons kepada tembakan roket, kata sumber tentera.

Tentera melancarkan “lima hingga enam” serangan ke atas kedudukan Syria, kata sumber, selepas empat roket terjatuh di rantau Galilee di utara Israel dan di Golan, dalam serangan yang tidak menyebabkan sebarang kerosakan.

Kumpulan pengawasan Balai Cerap untuk Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain sebelumnya melaporkan tentera Israel telah melancarkan serangan ke atas kedudukan rejim di kawasan Golan yang dikawal oleh Syria dan tentera Syria terbunuh dalam serangan.

Agensi berita Syria SANA bagi pihaknya berkata sebuah helikopter Israel telah menembak roket pada Quneitra di kawasan Syria Golan Heights. Serangan terkena dua bangunan kerajaan tempatan tetapi hanya mengakibatkan kerosakan bahan sahaja, katanya.

Tentera Israel ketika melancarkan serangan balas menggunakan kereta kebal ke atas kedudukan tentera Syria. – Reuters
Tentera Israel ketika melancarkan serangan balas menggunakan kereta kebal ke atas kedudukan tentera Syria. – Reuters

Israel telah mengingatkan kerajaan di Syria bahawa ia akan “mengalami akibatnya” selepas serangan roket semalam, yang dikatakannya telah dirancang oleh seorang pegawai kanan Iran.

“Ia merupakan kerja kumpulan jihad, sebuah pertubuhan yang dibiayai dan bekerja untuk Iran, dan kami menganggap kerajaan Syria bertanggungjawab terhadap kejadian tembakan itu dan ia akan mengalami akibatnya,” kata tentera dalam satu kenyataan.

Ia merujuk kepada kumpulan militant Palestin yang berpangkalan di Semenanjung Gaza.

Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon, dalam satu kenyataan, menuduh Iran berusaha “membuka barisan pengganas baru menentang Israel di Golan Heights.”