Yakin jadi hab utama menjelang 2020

Yakin jadi hab utama menjelang 2020

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yakin Malaysia akan mencapai sasaran menjadi hab utama francais di Asia Tenggara menjelang 2020 disebabkan melalui pelancaran Program Pembangunan Francais Yang Dipertingkat (EFDP).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata objektif EFDP ialah untuk menyokong jenama francais Malaysia dalam menawarkan peluang perniagaan francais di pasaran antarabangsa.

“Ia menyediakan bantuan kewangan kepada francaisor tempatan dalam dua asas utama iaitu mendaftarkan hak harta intelek dan mendapatkan perjanjian francais di luar negara.

Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika berkunjung ke Pameran Francais Antarabangsa. - Bernama
Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika berkunjung ke Pameran Francais Antarabangsa. – Bernama

“Kemunculan negara Asia Tenggara itu mendapat perhatian francaisor. Masih ada peluang besar untuk pertumbuhan tetapi pihak francaisi harus menyediakan strategi pertumbuhan yang tersusun rapi sebelum memasukinya,” kata beliau.

Teks ucapannya dibacakan oleh Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Jamil Salleh pada perasmian Franchise International Malaysia 2016, di sini semalam.