Yakin kebolehan Lennon

Yakin kebolehan Lennon

LONDON, 8 Feb – Pengurus Everton, Roberto Martinez, berharap Aaron Lennon akan menyertai skuad England untuk saingan Euro 2016 dan percaya, pemain sayap itu mampu mengharumkan nama negara ketika di Perancis nanti.

Dengan tidak mewakili negara sejak Februari 2013, Lennon sudah menemui sentuhan diinginkan di Everton, selepas prestasinya merudum di Tottenham.

“Mungkin ia bukan berkaitan dengan saya tetapi saya berpeluang bekerja bersama Aaron (Lennon) dan dia seorang pemain yang amat penting.

“Kita semua tahu kualitinya. Terdapat pemain lain dalam posisi itu tetapi saya fikir dia sudah menunjukkan kebolehan luar biasanya untuk memasuki mana-mana pasukan dan pastinya lebih baik untuk skuad kebangsaannya, dia boleh membantu pasukan,” katanya.

Sementara itu, penjaga gol terbanyak Everton, Romelu Lukaku, yang meledak 20 gol ketika ini mendedahkan yang beliau beraksi dalam kesakitan selepas berdepan kecederaan tulang belakang pada perlawanan dengan Newcastle, Rabu lalu.

“Saya mahu kembali berada di tahap kecergasan 100 peratus supaya saya boleh memberikan lebih banyak sumbangan kepada pasukan,” katanya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA