Yakin kunci utama Keita

Yakin kunci utama Keita

MILAN, 16 Feb – Prospek kemunculan Zinedine Zidane dalam Liga Juara-Juara bersama Real Madrid mungkin menakutkan, tetapi midfield Roma, Seydou Keita percaya pasukannya boleh menghalang rekod juara 10 kali itu dalam pertemuan pertama pusingan 16 mereka.

“Bagaimana kami bersedia menentang mereka terserah kepada jurulatih, tetapi bagi saya, kami perlu percaya kepada diri sendiri dan pergi ke padang dengan penuh yakin,” kata pemain dari Mali itu menjelang pertemuan di Stadio Olimpico, Rom esok.

Bekas midfield Barcelona itu tahu pesaingnya dengan baik setelah memenangi 11 perlawanan bersama Catalan dalam 17 kali beraksi menentang musuh ketat La Liga itu.

“Perlawanan adalah sukar, tetapi tidak mustahil,” tambah Keita mengenai rekod hambar Real menentang pasukan Itali dalam perlawanan itu.

Jurulatih Roma, Luciano Spalleti, yang dibawa kembali ke kelab itu baru-baru ini berikutan pemecatan Rudi Garcia dari Perancis, berada di puncak apabila pasukan Itali itu bangkit dalam dua perlawanan pada 2008.

Seydou Keita (kiri) bersaing dengan Danilo Soddimo (kanan) Frosinone dalam perlawanan Serie A di Stadium Olimpik Rom, Itali pada 30 Januari 2016. – Reuters
Seydou Keita (kiri) bersaing dengan Danilo Soddimo (kanan) Frosinone dalam perlawanan Serie A di Stadium Olimpik Rom, Itali pada 30 Januari 2016. – Reuters

Roma menewaskan Real 2-1 di laman sendiri, jaringan yang mereka mungkin ulangi di Santiago Bernabeu sebelum tewas 3-0 kepada Manchester United pada suku akhir.

Real mara ke separuh akhir perlawanan sejak lima musim lalu, memenangi gelaran ke-10 atau ‘La Decima’ pada 2014 apabila pengurus yang ada sekarang, Zidane menjadi pembantu kepada Carlo Ancelotti.

Usaha untuk melangkah setapak lebih jauh tahun lepas terjejas apabila Juventus mencatatkan kemenangan 2-1 di Turin dan mara ke final menentang Barcelona menerusi keputusan seri 1-1 di Bernabeu.

Tetapi terdapat sedikit peluang Zidane tersingkir lebih awal dan bekas pemain Perancis dan Juventus itu datang ke Roma dengan hanya satu kekalahan daripada enam perlawanan kendaliannya setakat ini, ketika mana Real menjaringkan 23 gol.

Biarpun membuat kemunculannya dalam Liga Juara-Juara sebagai jurulatih, pengalaman lalu Zidane dalam aksi itu memberikannya pengetahuan bagaimana untuk berjaya dalam perlawanan kelab perdana Eropah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA