‘Yakuza’ kembali berkuasa di Jepun?

‘Yakuza’ kembali berkuasa di Jepun?

TOKYO, 6 Sept (AFP) – Beribu-ribu perusuh “yakuza” Jepun telah menubuhkan kumpulan baru selepas berpisah daripada sindiket jenayah terancang terbesar negara, sekali gus menimbulkan kebimbangan meletusnya konflik antara geng, kata laporan hari ini.

Pemimpin 13 puak yang disingkirkan daripada sindiket “Yamaguchi-gumi” – kumpulan perusuh atau “yakuza” terbesar di Jepun yang mempunyai 23,000 anggota dan sekutu – mengadakan mesyuarat formal pertama semalam di bandar barat Kobe, lapor media tempatan.

Salah satu puak yang disingkirkan dikenali sebagai Yamaken-gumi, yang mempunyai kira-kira 2,000 anggota dan di mana ketua mereka dipilih untuk memimpin kumpulan yang disingkirkan, menurut akhbar Yomiuri Shimbun.

Kumpulan bersaingan itu dijangka mempunyai jumlah keahlian seramai 3,000 orang, kata Yomiuri.

Seperti Mafia Itali dan kongsi gelap China, yakuza terlibat dalam segalanya daripada perjudian, dadah dan pelacuran kepada pinjaman lintah darat, sindiket perlindungan dan jenayah kolar putih.

Namun tidak seperti rakan luar negara mereka, mereka tidak menyalahi undang-undang dan setiap kumpulan mempunyai ibu pejabat mereka sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA