Yala digegar 3 letupan, tiada cedera

Yala digegar 3 letupan, tiada cedera

BANGKOK, 15 Ogos – Tiga alat letupan rekaan (IED) meletup di tiga lokasi di wilayah Yala malam tadi. Namun tiada yang cedera.

Letupan pertama berlaku pada pukul 7:30 malam (waktu tempatan) di hadapan kedai emas dan diikuti lima minit kemudian di kedai menjual peralatan menulis.

“Letupan ketiga berlaku beberapa minit kemudian di kedai menjual akhbar yang terletak bertentangan dengan balai polis Yala,” kata seorang pegawai polis kepada media hari ini.

Pihak polis turut menemukan dua objek yang mencurigakan berdekatan kawasan letupan malam tadi dan segera mengepung lokasi berkenaan sebelum pasukan pemusnah bom dipanggil bagi memantau objek tersebut pagi ini.

Menurut pihak polis, objek pertama berbentuk silinder seberat kira-kira 5 kilogram. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA