YAM Pg Anak Faiq sertai Leicester

YAM Pg Anak Faiq sertai Leicester

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac (Reuters) – Pemain Bawah 23 Tahun, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Faiq telah menandatangani perjanjian perpindahannya ke Leicester City dari pasukan Chelsea.

Yang Amat Mulia, yang berusia 17 tahun, telah bermain dalam pasukan Chelsea sejak 2014 dan kini mengumumkan melalui Instagramnya bagi perpindahannya ke carta Liga Perdana Inggeris, Leicester City.

“Dengan rasa gembira mengumumkan saya telah menandatangani kontrak profesional jangka panjang pada @lcfc. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua keluarga dan rakan-rakan rapat untuk semua sokongan. Juga mengalu-alukan untuk bertemu dengannya sendiri. Saya tidak sabar menunggu untuk bermula.”

YAM Pengiran Anak Faiq (kiri) ketika beraksi menentang Laos pada perlawanan peringkat kumpulan Sukan SEA di Singapura tahun lalu. – Fadhil Yunus
YAM Pengiran Anak Faiq (kiri) ketika beraksi menentang Laos pada perlawanan peringkat kumpulan Sukan SEA di Singapura tahun lalu. – Fadhil Yunus

Yang Amat Mulia yang juga menyertai pasukan Kebangsaan Brunei Bawah 23 Tahun dalam acara Sukan SEA, pertama kali tampil dalam perlawanan di rantau ini apabila beliau menyertai pasukan Arsenal 15 Tahun Kebawah pada perlawanan Piala ‘Lion City’ di Singapura tahun 2013.

Yang Amat Mulia kemudian menyertai Chelsea pada tahun 2014 dan beraksi membuat penampilan dalam pasukan 18 tahun kebawah dan menjadi penjaring sebanyak dua kali.

Yang Amat Mulia juga telah bermain secara kerap di bawah Pasukan Chelsea 18 tahun ke bawah musim ini tetapi kini telah beralih kepada Leicester untuk beraksi dalam skuad utama.