Yamaha bimbang tawaran ducati

Yamaha bimbang tawaran ducati

pg23_160330_c

LONDON, 29 Mac (Agensi) – Pengurus pasukan MotoGP Yamaha, Wilco Zeelenberg (gambar) berharap kejayaan terkini yang diraih skuad itu akan mendorong juara keseluruhan musim lalu, Jorge Lorenzo terus kekal bersama mereka.

Lorenzo yang berlumba untuk skuad Yamaha sejak 2007 meraih kejuaraan pertama bagi saingan tahun ini selepas menamatkan aksi pembukaan GP Qatar di Litar Antarabangsa Losail dua minggu lalu.

Baru-baru ini, tercetus persoalan sama ada Lorenzo akan terus kekal bersama Yamaha selepas pelumba itu dilaporkan menerima tawaran untuk menyertai Ducati meskipun belum membuat keputusan.

Meskipun Lorenzo dan Valentino Rossi sama-sama mengikat kontrak lanjutan selama dua tahun dengan Yamaha, namun masih terdapat faktor lain yang memungkinkan dia meninggalkan skuad juara musim lalu itu.

“Keputusan itu adalah hak peribadinya (Lorenzo). Memang benar Lorenzo menerima pakej penuh bersama Yamaha tetapi saya juga percaya pasukan-pasukan lain juga mahu melakukan sesuatu yang menarik.’

“Sudah lapan tahun Lorenzo bersama Yamaha dan ada kemungkinan dia akan meninggalkan pasukan ini.

“Saya harap dia bijak membuat keputusan,” kata Zeelenberg.

Sebagai rekod, Lorenzo meraih kejuaraan pada 2010, 2012 dan 2012, manakala pasukan Ducati belum pernah menang sejak 2010.

ARTIKEL YANG SAMA