Yamaha pasukan terakhir Rossi

Yamaha pasukan terakhir Rossi

MILAN, 19 Jan – Bintang Moto GP Valentino Rossi mengesahkan akan menamatkan karier dengan Yamaha. Pelumba dari Itali itu mahu rakan sepasukan Jorge Lorenzo menunjukkan rasa hormat kepadanya pada penampilan ke-15 dan musim terakhir.

Rossi, juara dunia 9 kali terlepas gelaran MotoGP 2015 – dipisahkan lima mata dengan pelumba Sepanyol itu dan bertarung pada perlumbaan penutup tirai dalam suasana kontroversi di Valencia. “Saya masih mahu berlumba selepas 2016. Saya mahu mengakhiri karier bersama Yamaha,” kata Rossi. – AFP

Valentino Rossi dan rakannya bergambar bersama jentera baru Yamaha. - Reuters
Valentino Rossi dan rakannya bergambar bersama jentera baru Yamaha. – Reuters