Yaman gesa PBB bertindak

Yaman gesa PBB bertindak

BANDAR KUWAIT, 5 Mei (AFP) – Ketua delegasi kerajaan Yaman pada rundingan damai bermasalah di Kuwait menuntut tindakan dari pihak pengantara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini berhubung pembedilan pemberontak bandar ketiga yang dikepung, Taez.

Menteri Luar AbdulMalek al-Mikhlafi berkata tembakan artileri pemberontak menyalahi janji apabila rundingan bersemuka bermula semalam ekoran pasukannya telah keluar meninggalkan rundingan selama tiga hari. Mikhlafi berkata perundingnya mengemukakan cadangan kepada utusan PBB Ismail Ould Cheikh Ahmed bagi gencatan senjata 11 April di Taez, yang mana pasukan yang setia dikepung oleh pemberontak selama beberapa bulan, yang memerangkap puluhan ribu orang awam.

“Kami telah menerima respons perkauman,” menteri itu berkata di Twitter, dengan menuntut tindakan dari utusan PBB.

Dia menuduh pemberontak dan sekutunya dalam unit tentera yang meninggalkan pasukan tentera yang masih setia kepada presiden yang telah disingkirkan, Ali Abdullah Saleh melakukan serangan ke atas orang awam di Taez.”

Bandar itu terletak di salah satu garisan pertembungan konflik yang telah meletus sejak Mac tahun lalu antara pemberontak dan kerajaan dan sekutunya dalam gabungan tentera yang diketuai Saudi.

Ia adalah sebahagian utara Yaman sebelum penyatuan negara dalam tahun 1990 tetapi tidak seperti bandar itu dan pergunungan utara yang mana pemberontak Syiah Huthi mempunyai sokongan utama mereka, terutamanya dari golongan Sunni.

Mikhlafi memberi amaran bedilan pemberontak ke atas Taek akan memberi kesan ke atas proses damai, melainkan masyarakat antarabangsa menghormati janji menyokong gencatan rapuh.